KAYAK EXPEDITION BENTONG - TEMERLOH, PAHANG
(120KM)
17th. - 18th. January 2000
Click here for pictures
gallery
EXPEDITION MEMBERS
(In alphebetical order)
1. Awie Pulapol
2. Jasni Mustafa (Jas)
3. Mohd. Najib Omar
4. Mohd. Nasser Jaafar
5. Mohd. Qairul Muzammil Mohd. Najib
6. Mohd. Zaiham Bin Abdullah
7. Najib Tahir
8. Nor Azhar Bin Osman (Bob)
9. Shahrul Nizam Rahmat
10. Zaleha Mohammad (Leha)
Kayaks used for the expedition:-
1 unit of Perception Scimitar
2 units of Perception
Dancer
1 unit of Perception
Wavehopper
1 unit of Skerray
1 unit of Capella
1 unit of Sprintmaster
1 unit of Coleman Ram-X 17 canoe
Vehicles:
1 unit of 5 ton lorry courtesy of DBKL
1 unit of personal van courtesy of ReneGad Quest Sdn Bhd
Camera:
1. Canon waterproof camera
Click here for pictures
gallery
16hb. Janauri 2000
Kami berkumpul di Setor Taman Tasik Titiwangsa pada jam 06:00 petang
dan memunggah kayak dan aksesori ke dalam lori DBKL yang telah kami
tempah awal. Jam 07:00 petang kami bergerak ke Bentong. Kami tiba di
Bentong jam 08:30 malam dan memunggah keluar peralatan ekspedisi kami
di gerai kosong di kawasan gerai makan Kampung Baru, Temerloh. Bagi
mereka yang tidur berkhemah, mereka memasang khemah. Ada juga yang tidur
atas lantai simen gerai beralaskan sleeping mat. Nyamuk......
17hb. Januari 2000 (Hari pertama ekspedisi -
Bentong - Lanchang, 60km)
Kami semua bangun jam 06:30 pagi dan bersiap sedia. Malangnya, tandas
awam masih belum buka. Gerai makan pun masih tutup lagi. Jam 07:30 pagi
barulah tandas awam dibuka dan kami pun membuat aktiviti yang perlu.
Lepas tu sarapan.
Kami bersiap untuk memulakan ekspedisi pada jam 09:30
pagi dan terus bergerak dengan kayak selepas bergambar.
Kami tiba di Lanchang pada jam 06:00 petang. Kami bermalam
di balai raya di situ.
18hb. Januari 2000 (Hari Kedua Ekspedisi - Lanchang - Temerloh,
60km)
Kami bangun pagi jam 06:00 dan terus bersiap. Kami sarapan pagi di gerai
berhampiran balai raya tempat kami tinggal pada jam 07:30 pagi. Alamak,
mak cik ni slow nak bagi kami nasik lemak dan air. Macamana pun kena
tunggu jugak. Kami pun membuat pesanan nasi lemak bungkus untuk makan
tengahari.
Jam 08:45 pagi baru kami siap sarapan dan dapat nasi lemak
bungkus untuk makan tengahari. Jam 09:00 pagi kami bergerak ke permulaan
berkayak. Kami mula berkayak pada jam 10:00 pagi menghala ke Temerloh.
Kami tiba di Temerloh pada jam 07:30 petang. Lori DBKL
dah menunggu kami untuk membawa pulang kayak ke Kuala Lumpur. Kami mandi
dan bersiap di Masjid Temerloh yang terletak kira-kira 100m dari jeti
Temerloh. Kemudian kami makan di gerai tepi sungai berhampiran stesyen
minyak Petronas.
Click here
for pictures gallery