|
|
|
> latarbelakang |
|
Perception
Malaysia Kayaks |
Persatuan Sukan Kenu Kuala Lumpur (KLCS) telah secara rasminya di daftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 24hb. Disember 1998 dengan nombor pendaftaran 1646. Persatuan ini kemudiannya berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan di bawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 pada 17hb. Oktober 2001 dengan nombor pendaftaran 0964/2001. Matlamat penubuhan persatuan ini adalah untuk membangunkan sukan kanu di Kuala Lumpur khasnya dan Malaysia amnya. Persatuan Sukan Kenu Kuala Lumpur adalah di bawah naungan Majlis Sukan Kuala Lumpur dan juga Jabatan Belia Dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Persatuan Sukan Kenu Kuala Lumpur adalah ahli gabungan Persatuan Kanu Malaysia (MASCA), yang mana ianya merupakan satu persatuan induk kepada persatuan-persatuan kenu negeri di Malaysia. Lokasi latihan kami adalah di Taman Tasik Titiwangsa. Kami mempunyai pelbagai kemudahan dan peralatan latihan untuk aktiviti kami. |
|
|
|