Untitled Document

> kanu polo


KANU POLO

LATARBELAKANG. Kanu Polo adalah salah satu cabang sukan berkanu. Sukan ini pada mulanya di perkenalkan di Malaysia di Pulau Pinang pada tahun 1978. Hanya pada bulan Mei 1996, iaitu tahun berikutnya penubuhan Persatuan Kenu Malaysia (MASCA), satu kursus asas kanu polo di anjurkan di KOLA, Tasik Kenyir, Terengganu. Berikutan dengan sambutan yang menggalakkan, MASCA telah menjemput En Mohamad Assyidiq dari Persatuan Kenu dan Dayung Indonesia untuk melatih bakal jurulatih tempatan di dalam satu Kursus Kenu Polo Kebangsaan di Kangar, Perlis pada bulan November 1996. Sejak itu sukan kanu polo ini semakin popular dan berkembang pesat di Malaysia.

Pada tahun 1997, satu kejohanan kanu polo Piala Datuk Shahidan Kassim dilangsungkan di Kangar Perlis. Selepas itu, kejohanan-kejohanan lain seperti Regatta Kenyir, Karnival Kanu Putrajaya, Pesta Air Kebangsaan dan Regatta Kuala Lumpur menjadikan kanu polo sebagai salah satu elemen di dalam kejohanan-kejohanan berkenaan.

LOKASI LATIHAN kami ialah di terusan antara Tasik A dan B di Taman Tasik Titiwangsa.

PASUKAN KANU POLO KLCS ialah seperti berikut:-

1. Kuala Lumpur A
2. Kuala Lumpur Z

JURULATIH kami ialah YM Raja Shahrul Azremel Raja Sahar. Beliau juga merupakan jurulatih kebangsaan.

PERALATAN
KAYAK yang kami gunakan masih lagi kayak polyethylene - Perception Acrobat. 17 unit semuanya. 8 merah, 8 kuning dan satu hitam. Kami berharap dapat memiliki kayak polo dari buatan bahan komposit (karbon atau karbon+kevlar) pada masa akan datang kerana ianya lebih ringan.

PADDLE
yang kami gunakan adalah dari pelbagai jenama - Bracsa, Double Dutch, Mega dan Galasport. Paddle 100% karbon adalah milik peribadi pemain. Persatuan hanya menyediakan paddle biasa yang lebih berat iaitu Shotover (plastik nylon blade dengan karbon+kevlar shaft)

BOLA
yang kami gunakan adalah kebanyakannya ialah Mikasa kerana mutunya yang tinggi. Bola ini mahal sedikit berbanding dengan bola dari jenis lain seperti Molten dan Lan Hua.