|
|
|
> air terjun chamang |
|
Perception
Malaysia Kayaks |
Air Terjun Chamang terletak di ulu Sungai Semantan, Bentong, Pahang. Ianya adalah diantara air terjun rekreasi yang terkenal di Pahang dan menjadi tumpuan perkelahan di hujung minggu atau cuti umum. Perjalanan dengan menaiki kereta ke lokasi ini adalah satu jam dari Kuala Lumpur. Adalah dipercayai Persatuan Sukan Kenu Kuala Lumpur yang dianggotai oleh Nizam, Haq dan Ijoi adalah yang pertama kali dari warganegara Malaysia menuruni laluan ini dengan menggunakan kayak pada 10hb. Ogos 2003. Orang pertama yang menuruni laluan ini dengan berkayak adalah dipercayai Kristen (penduduk tempatan menggelarnya 'Mat Salleh yang naik Volvo' sebab mereka tidak ingat akan namanya). Pada bulan Ogos 2004, Kementerian Belia Dan Sukan dan Persatuan Kenu Malaysia telah melangsungkan satu kejohanan arus deras dan slalom di lokasi ini. Galeri gambar kayak arus deras di sungai ini mengikut tarikh terbaru:- 1. 08hb. Mei 2005 |
|
|
|