|
|
|
|
|
Perception
Malaysia Kayaks |
Kamera: Selepas melalui Pos Bersih dan tiba di kawasan bukit yang agak curam, kami telah mendenganr bunyi arus sungai yang kuat. Kami mengambil keputusan untuk berhenti dan mambuan tinjauan di sungai. Sememangnya arus kuat dan penuh dengan batu-batan. Hanya kayak arus deras yang pendek sahaja boleh melepasi sungai ini. Jam telah menunjukkan pukul 12:15 tengahari. Kami masih belum duduk di dalam kayak lagi. Kami patah balik dan terus ke Pos Bersih. Penduduk tempatan memaklumkan bahawasanya sungai selepas kampung berkenaan adalah tidak berjeram. Kami menurunkan dua unit kayak dari tiga yang kami bawa pada jam 12:50 tengahari. Kami memulakan dayungan pada jam 13:12 petang dari Pos Bersih. Jam 13:58 petang, kami tiba di Kg. Ulu Slim dan berehat sebentar. Perkampungan ini terkenal dengan kolam air panasnya. Dikatakan kolam air panas ini adalah yang terpanas di dunia. Jam 14:13 petang, kami menyambung perjalanan ke Slim River. Kami sampai ke destinasi pada jam 18:08 petang. |
|
|
|