Untitled Document

> Regatta Kanu Sempena Hari Belia Kebangsaan


REGATTA KANU Sempena Hari Belia Kebangsaan

PENGENALAN

Regatta Kanu sempena Hari Belia Kebangsaan 2006 ini adalah anjuran Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS) dengan kerjasama Persatuan Sukan Kanu Kuala Lumpur dan Dewan bandaraya Kuala Lumpur.  Ia merupakan satu pertandingan pelbagai disiplin sukan kanu iaitu kanu polo, ‘flatwater racing’, ‘pool slalom’ dan ‘pool rodeo’.

Muat Turun Borang dan Maklumat

1.0 PERATURAN AM
Regatta Kanu sempena Hari Belia Kebangsaan dijalankan mengikut peraturan yang telah ditetapkan berdasarkan syarat penyertaan dan peraturan am pertandingan kanu / kayak yang telah ditetapkan oleh penganjur dan juga peraturan Persekutuan Kanu Antarabangsa (ICF).  Sebarang keputusan adalah muktamad.  Rayuan dan bantahan tidak akan dilayan.  Penganjur  berhak untuk meminda mana-mana peraturan dan pertandingan yang mana difikirkan perlu.

2.0 TARIKH  DAN TEMPAT
Tarikh Pertandingan Pada 12hb.  hingga  14hb.  Mei 2006.
Pertandingan ini akan di adakan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

3.0 PENDAFTARAN
Pendaftaran adalah pada hari Jumaat dari Jam 03:00 petang hingga 08:00 malam di Pusat Ko-kurikulum, Kuala Lumpur (bersebelahan dengan Taman Tasik Titiwangsa).

4.0 PENYERTAAN
A. KATEGORI TERBUKA KEBANGSAAN
1. Regatta Kanu ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia termasuk dari PDRM dan Angkatan Tentera.
2. Hanya warganegara yang berumur 16 tahun ke atas sahaja yang boleh menyertai regatta ini.
3. Setiap peserta hanya boleh menyertai tidak lebih dari 2 acara sahaja. Setiap pasukan hanya boleh menghantar tidak lebih dari 2 penyertaan dalam setiap acara, kecuali rodeo iaitu 3 penyertaan.
B. KATEGORI ANTARA AGENSI
1. Kategori ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang menjadi kakitangan mana-mana agensi kerajaan atau swasta yang diiktiraf sahaja. Atlit yang pernah mewakili Negara dari tahun 2002 sehingga sekarang tidak dibenarkan menyertai Kategori Antara Agensi. Setiap peserta mestilah mewakili mana-mana agensi kerajaan atau swasta yang diiktiraf (kad kakitangan/pass kerja mestilah disertakan sebagai pengesahan pertandingan). Peserta dari PDRM dan Angkatan Tentera TIDAK layak menyertai kategori ini.
2. Hanya warganegara yang berumur 18 tahun ke atas sahaja yang boleh menyertai regatta ini.
3. Setiap peserta hanya boleh menyertai tidak lebih dari 1 acara sahaja bagi kategori ini. Peserta kategori ini yang ingin menyertai Kategori Kebangsaan hanya boleh menyertainya tidak lebih daripada 2 acara sahaja. Setiap pasukan hanya boleh menghantar tidak lebih dari 2 penyertaan dalam setiap acara.

5.0 TARIKH TUTUP
Tarikh tutup penyertaan adalah pada hari pendaftaran Jumaat, 12hb. Mei 2006.

6.0 JENIS ACARA
Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti yang berikut:-
1. Flatwater Racing (terbuka kebangsaan dan antara agensi)
2. Kanu Polo (terbuka kebangsaan)
3. Pool Slalom (terbuka kebangsaan)
4. Pool Rodeo (terbuka kebangsaan)
Sila rujuk kepada jadual hadiah untuk acara terperinci.

7.0 BORANG PENYERTAAN DAN PERTANYAAN
Borang penyertaan rasmi bolehlah difotostat sekiranya tidak mencukupi. Sila hantar / fax borang berkenaan ke alamat di bawah:

Setiausaha
Persatuan Sukan Kenu Kuala Lumpur,
2/167 Lorong Udang Ketak 3,
Taman Sri Segambut,
52000 Kuala Lumpur.
Fax: 03 4270 5081
Website: www.klcs.org.my
e-mail: info@klcs.org.my

Sebarang kemuskilan bolehlah dimajukan kepada :
1. En. Abd. Aziz Abd. Rahman, KBS (03-88713158)
2. En. Shamsul, KBS (03-88713165)
3. En. Najib Bin Tahir (019 236 3013) atau email : najib@perception.com.my
4. YM Raja Shahrul Azremel Raja Sahar (012 933 2411) atau e-mail: azremel@tnb.com.my

8.0 YURAN PENDAFTARAN
1. RM10.00 setiap acara individu
2. RM 15.00 bagi setiap acara double.
3. RM100.00 bagi setiap pasukan kanu polo
Mana-mana acara yang mendapat kurang dari 5 penyertaan akan dibatalkan.

9.0 PERALATAN
Bagi Acara K1 dan K2 Flatwater Racing, para peserta dikehendaki membawa peralatan sendiri. Bagi acara dan kategori yang lain, pihak penganjur akan menyediakan peralatan termasuk acara kanu polo, pool slalom, pool rodeo, TK1, TK2 dan Canadian 2. Peserta dibenarkan / digalakkan membawa kayak, paddle, jaket keselamatan dan spray cover sendiri.

10.0 MESYUARAT PENGURUS PASUKAN
Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan pada 12.05.2006 (Jumaat) jam 8.30 malam bertempat di tempat pendaftaran (Pusat Ko Kurikulum Kuala Lumpur). Selepas Taklimat Pengurus Pasukan, sebarang permohonan pertukaran/gantian peserta tidak dibenarkan.

11.0 PERKARA AM
Makan/minum dan penginapan pasukan adalah di bawah tanggungjawab pasukan masing-masing. Pihak kami boleh membantu membuat tempahan penginapan di Pusat Ko Kurikulum WP Kuala Lumpur. Pembayaran penginapan adalah minima – RM 5.00 sehari seorang. Sekiranya pasukan ingin menginap di tempat yang lebih selesa bolehlah berhubung sebagaimana talian diatas untuk tempahan awal.

12. ITINERARI PERTANDINGAN

12hb.  Mei 2006
Jumaat

03:00 pm – 08:00 pm

03:00 pm – 07:00 pm

08:30 pm – 10:30 pm

Lapor diri dan pendaftaran peserta di Pusat Ko-kurikulum Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Latihan penyesuaian gelanggang

Taklimat pengurus pasukan

13hb. Mei. 2006
Sabtu

09:00 am – 01:00 pm

02:00 pm – 06:00 pm

Kayak Flatwater Racing (Saringan)
Pool Slalom (Saringan)
Kanu Polo (Round robin)

14hb. Mei 2006
Ahad

09:00 am – 01:00 pm

 

02:00 pm – 04:00 pm


04:30 pm – 05:30pm

Kayak Flatwater racing (Separuh Akhir& Akhir)
Pool Rodeo (Final)
Pool Slalom (Separuh akhir & akhir)
Kanu Polo (Round robin)

Kanu Polo (separuh akhir)
Kayak Flatwater racing (Akhir)

Kanu Polo (Peringkat Akhir)
Penyampaian hadiah & Penutup

Muat Turun Borang dan Maklumat

13. ACARA DAN HADIAH

TERBUKA KEBANGSAAN

BIL

KATEGORI

ACARA

TEMPAT
(RM)

 

KATEGORI TERBUKA KEBANGSAAN

1

2

3

4

5

1

Kanu Polo Lelaki

3,000.00

2,000.00

1,500.00

1,000.00

-

2

Pool Slalom K1 Lelaki

300.00

200.00

150.00

100.00

100.00

3
Pool Slalom C1 Lelaki

300.00

200.00

150.00

100.00

100.00

4

Pool Rodeo Lelaki

300.00

200.00

150.00

100.00

100.00

5

K1 200 M (L)

300.00

200.00

150.00

-

-

6

K1 200 M (W)

300.00

200.00

150.00

-

-

7

K2 200 M (L)

500.00

400.00

300.00

-

-

8

K2 200 M (W)

500.00

400.00

300.00

-

-

9

TK1 400 M (L)

400.00

300.00

200.00

-

-

10

TK1 200 M (W)

300.00

200.00

150.00

-

-

11

TK2 400 M (L)

600.00

500.00

350.00

-

-

12

TK2 200 M (W)

500.00

350.00

250.00

-

-

13

Canadian2 200M (L)

500.00

350.00

250.00

-

-


ANTARA AGENSI

BIL

 KATEGORI

 ACARA

TEMPAT
(RM)

 

ANTARA AGENSI

1

2

3

4

5

1

T1 200M (L)

300.00

200.00

100.00

-

-

2

T2 200M (L)

500.00

350.00

250.00

-

-

3

T2 200M (W)

500.00

350.00

250.00

-

-

4

Canadian2 200M (L)

500.00

350.00

250.00

-

-

Muat Turun Borang dan Maklumat

Keputusan penuh, sila klik di sini:-
A. Kanu Polo
B. Flatwater Racing
C. Slalom
D. Rodeo

Galeri Gambar Regatta Kanu Hari Belia Kebangsaan:-
A. Kanu Polo
B. Flatwater Racing
C. Slalom
D. Rodeo
E. Penyampaian Hadiah
F. Lain-lain