Untitled Document

 


EKSPEDISI KG. SERAU, KUALA MEDANG - KUALA TEMBELING, PAHANG (115KM)
01hb. - 02hb. Mei 2005

Klik di sini untuk galeri gambar ekspedisi

AHLI-AHLI EKSPEDISI
(Mengikut Susunan Abjad)
1. Abdul Rahim Manshor (Im)
2. Affrida Akmar Mir Anuar (Ida)
3. Ahmad Shallaby Embong (Awie)
4. Jasni Mustafa (Jas)
5. Mohd. Faizal Mohamed Kamil (Jai)
6. Najib Tahir (jurugambar)
7. Nur Shafinaz Binti Abdul Razak (Tina)
8. Raja Mukhrizaman B. Raja Busu (Is)
9. Raja Shahrul Azremel B. Raja Sahar (Mel)
10. Teh Zuliyati Bt. Md. Ghazali (Teh)
11. Zaleha Mohammad (Leha)

Kayak Digunakan:-
1 unit Perception Eco-Niizh 565
1 unit Perception Eco-Bezhig 540
1 unit Perception Eco-Ipizo 490 (Streamline)
2 unit Perception Sea Lion
1 unit Perception Contour 450
2 unit Laser fiberglass

Kenderaan:
1 unit lori 5 tan ikhsan DBKL
1 unit van Kia Pregio ikhsan DBKL

Kamera:
1. Sony U60
2. Canon 300D

Klik di sini untuk galeri gambar ekspedisi

30hb. April 2005
Kami berkumpul di Setor Taman Tasik Titiwangsa pada jam 09:30 pagi selepas sarapan di gerai Along. Seunit lori 5 tan DBKL dan 1 buah van DBKL untuk membawa peserta telah menunggu kami. Setelah memunggah dan memastikan jumlah kayak dan aksesori betul, kami bertolak pada jam 10:30 pagi ke Kuala Lipis.

Kami tiba di Kuala Lipis jam 01:15 petang dan terus makan tengahari di gerai di stesyen Bas. Kami makan tengahari lauk ikan patin dan jelawat masak tempoyak. Bendahari kami membayar RM 83.00 untuk semua - 14 orang semuanya termasuk pemandu bas dan lori. Setelah selesai makan kami bergerak ke Kg. Serau, Kuala Medang pada jam 02:30 petang.

Kami tiba di Kg. Serau pada jam 03:45 petang. Apabila melalui kawasan sungai Serau, kami dapati air sungai keruh kerana dikatakan hujan tiga hari berturut-turut. Sewaktu membuat tinjauan, sungai berkenaan amatlah jernih. Kami terus memunggah keluar kayak dan semua peralatan apabila sampai di Dewan Belia Kg. Serau. Sambutan penduduk kampung amatlah di luar jangkaan. Kebiasaanya, kami mengangkat sendiri peralatan kami ke lokasi mula, tetapi kini kami dibantu oleh penduduk setempat. Sambil kami memunggah peralatan, kami dijamu dengan buah salak Sabah. Memeng menyelerakan bagi peminat buah salak. Tetapi ada juga di kalangan kami yang baru pertama kali menjamah buah salak.

Selesai memunggah kayak, kami dijamu dengan makan petang. Satu lagi perkara yang kami tidak duga. Tok Empat amat perihatin dan berbual-bual dengan kami semua. Tok Empat kata bulan lapan ada sambutan Pesta Buah-Buahan.

Selepas itu, kami ronda kawasan kampung. Kampung taklah besar mana dan tak jugak kecik. Terdapat kira-kira 50 buah rumah.

Malam kami makan ikan Talapia tempoyak dan lauk ala kampung. Lepas makan nasi makan salak lagi.

|01hb. Mei 2005 (Hari pertama ekspedisi - Kg. Serau ke Kuala Lipis, 60km)
Kami semua bangun jam 06:30 pagi dan bersiap sedia. Jam 07:30 sarapan nasi lemak dan nasi bungkus untuk makan tengahari disediakan. Nasi lemak kau-kau lemaknya. Bendahari kami membayar RM280.00 untuk makanan (14 orang) dan RM70.00 sebagai token penginapan di Dewan Belia kepada jawatankuasa belia kampung.

Jam 09:00 pagi kami memulakan ekspedisi selepas bersalam-salaman dengan penduduk kampung yang begitu ramah serta mesra sekali.

Jam 10:00 pagi kami sampai di Kuala Medang. Kami seiring dengan belia kampung Kuala Medang yang sedang menghilir rakit buluh untuk persediaan 'International Bamboo rafting Expedition' dari 08hb. Mei hingga 15hb. Mei anjuran Tourism Pahang.

Jam 11:15 pagi kami tiba di Kampung Tanjung Gahai.

Jam 12:45 tengahari kami tiba di Bukit Betong dan makan tengahari di situ - di bawah jambatan. Kami menyambung ekspedisi jam 01:35 petang.

Jam 14:40 kami tiba di Padang Tengku.

Jam 04:30 kami tiba di Tanjung Lipis, Kuala Lipis dan memunggah kayak di rumah papan penduduk kampung - Piah.

Makan malam dan untuk esok telah kami pesan awal-awal dengan tuan rumah. Makan malam lauk ikan patin tempoyak. Tiga hari berturut-turut kami makan gulai ikan air tawar tempoyak.


02hb. Mei 2005 (Hari Kedua Ekspedisi - Kuala Lipis ke Kuala Tembeling, 55km)
05:45 pagi peserta sudah mula bangun membuat persiapan. 07:00 pagi sarapan, nasi lemak dan mee hoon goreng, telah dihidang dan kami pun tidak membuang masa sarapan. Nasi bungkus makan tengahari, nasi goreng lauk ayam, telah disediakan untuk kami. Bendahari kami telah membayar sebanyak RM 330.00 kesemuanya kepada tuan rumah untuk makan (RM 20.00 seorang untuk 14 orang) dan token api dan air sebanyak RM 50.00).

Jam 07:50 pagi kami memunggah kayak dari rumah Piah ke tepi sungai. Kami melakukan regangan yang diketuai oleh rahim dan bergambar dengan tuan rumah.

Jam 08:40 pagi kami memulakan ekspedisi hari ke dua. Perjalanan hari ini agak pendek sedikit.

Jam 10:45 pagi kami tiba di Batu Sembilan dan berehat di beting pasir. kami menyambung perjalanan jam 11:10 pagi.

Jam 11:35 pagi, kami tiba di Kg. Kuala Kenong. Di sinilah letaknya jeti ke Taman Rimba Kenong, sebuah hutan simpan kekal yang terkenal dengan guanya seperti gua Kesong, Gua Batu Putih dan lain-lain.

Kami tiba di Kg. Tanjung Buluh jam 12:50 petang dan berhenti rehat untuk makan tengahari. Kami menyambung semula perjalanan jam 13:35 petang.

Jam 03:15 kami tiba di pam air Mela dan tiba di Kuala Tembeling jam 04:00 petang. Kami memunggah kayak dan peralatan ke dalam lori. Seterusnya kami mandi di Kompleks Pelancongan Kuala Tembeling. Banyak tandas tapi tak de bilik mandi. tapi kami mandi juga di dalam tandas.

Jam 05:30 petang kami bergerak ke Temerloh untuk makan malam.

Klik di sini untuk galeri gambar ekspedisi