Untitled Document

> ekspedisi


EKSPEDISI BENTONG - TEMERLOH, PAHANG (120KM)
17hb. - 18hb. Januari 2000

Klik di sini untuk galeri gambar ekspedisi

AHLI-AHLI EKSPEDISI
(Mengikut Susunan Abjad)
1. Awie Pulapol
2. Jasni Mustafa (Jas)
3. Mohd. Najib Omar
4. Mohd. Nasser Jaafar
5. Mohd. Qairul Muzammil Mohd. Najib
6. Mohd. Zaiham Bin Abdullah
7. Najib Tahir
8. Nor Azhar Bin Osman (Bob)
9. Shahrul Nizam Rahmat
10. Zaleha Mohammad (Leha)

Kayak Digunakan:-
1 unit Perception Scimitar
2 unit Perception Dancer
1 unit Perception Wavehopper
1 unit Skerray
1 unit Capella
1 unit Sprintmaster
1 unit Coleman Ram-X canoe

Kenderaan:
1 unit lori 5 tan ikhsan DBKL
1 unit van persendirian ikhsan ReneGad Quest Sdn Bhd

Kamera:
1. Canon waterproof camera

Klik di sini untuk galeri gambar ekspedisi

16hb. Janauri 2000
Kami berkumpul di Setor Taman Tasik Titiwangsa pada jam 06:00 petang dan memunggah kayak dan aksesori ke dalam lori DBKL yang telah kami tempah awal. Jam 07:00 petang kami bergerak ke Bentong. Kami tiba di Bentong jam 08:30 malam dan memunggah keluar peralatan ekspedisi kami di gerai kosong di kawasan gerai makan Kampung Baru, Temerloh. Bagi mereka yang tidur berkhemah, mereka memasang khemah. Ada juga yang tidur atas lantai simen gerai beralaskan sleeping mat. Nyamuk......

17hb. Januari 2000 (Hari pertama ekspedisi - Bentong - Lanchang, 60km)
Kami semua bangun jam 06:30 pagi dan bersiap sedia. Malangnya, tandas awam masih belum buka. Gerai makan pun masih tutup lagi. Jam 07:30 pagi barulah tandas awam dibuka dan kami pun membuat aktiviti yang perlu. Lepas tu sarapan.

Kami bersiap untuk memulakan ekspedisi pada jam 09:30 pagi dan terus bergerak dengan kayak selepas bergambar.

Kami tiba di Lanchang pada jam 06:00 petang. Kami bermalam di balai raya di situ.


18hb. Januari 2000 (Hari Kedua Ekspedisi - Lanchang - Temerloh, 60km)
Kami bangun pagi jam 06:00 dan terus bersiap. Kami sarapan pagi di gerai berhampiran balai raya tempat kami tinggal pada jam 07:30 pagi. Alamak, mak cik ni slow nak bagi kami nasik lemak dan air. Macamana pun kena tunggu jugak. Kami pun membuat pesanan nasi lemak bungkus untuk makan tengahari.

Jam 08:45 pagi baru kami siap sarapan dan dapat nasi lemak bungkus untuk makan tengahari. Jam 09:00 pagi kami bergerak ke permulaan berkayak. Kami mula berkayak pada jam 10:00 pagi menghala ke Temerloh.

Kami tiba di Temerloh pada jam 07:30 petang. Lori DBKL dah menunggu kami untuk membawa pulang kayak ke Kuala Lumpur. Kami mandi dan bersiap di Masjid Temerloh yang terletak kira-kira 100m dari jeti Temerloh. Kemudian kami makan di gerai tepi sungai berhampiran stesyen minyak Petronas.

Klik di sini untuk galeri gambar ekspedisi